Sahabat Selamanya

Tuesday, February 14, 2012

Kisah di sebalik pengharaman Valentine's Day


Assalamualaikum..

Hari ni entry ak semestinya tentang tarikh hari ini, 14/02/2012 iaitu Valentine's Day atau dalam bahasa melayunya Hari Kekasih. Oh tidak, bagi ak tiap2 hari bley jadi hari kekasih kot. Tak payah nk tggu hari ni. Asal ada isteri tu tiap2 hari la hari kekasih. Yg kapel2 tu blom bley sambut lagi. Tggu korg ada ikatan sah dlu. Jgn nak ngado2. Ni smbutan org kafir je. Hangpa smua jgn wat pasai. Jgn tambah bilangan anak luar nikah lagi kat Malaysia ni. Nanti trpaksa diorg wat group utk x rasa disisihkan.

Disebabkan sejak beberapa hari ni sibuk org kata pasal pengharaman Valentine's Day kat Malaysia, ak pn nk citer sikit kenapa Valentine's Day ni wajar diharamkan.

Menurut sejarah, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Nampak tak kenapa umat Islam tak patot smbot hari ni.



Ada 3 pendapat tentang terciptanya Valentine's Day ni:

Pertama.
Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
(Salah cabut undi dapat kakak atau adik sndri. Nak??)

Kedua.
Pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.

Disebabkan itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan mereka, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.

Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.
(Lain kali wat la kawin senyap2 kat siam..hehe)

Ketiga.
Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.
(Islam kan senang. Perkahwinan tu diharuskan. See!! Takkan tak perasan lagi)

Ok, take 5. Minum dlu sblom smbg. Hehe




Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine adalah perayaan keagamaan yang disambut orang Kristian. Malah jika merujuk kepada kenyataan pihak Kristian hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual dalam agama Kristian.

Termaktub dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa juga versi berkenaan dengan St Valentine, kesemua mereka dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut: ’sekurang-kurangnya ada tiga orang St Valentine yang berbeza, semua mereka adalah syahid, ia disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.’
(Hamboi, depa pn ada mati syahid gak. Siap ada perayaan utk depa lagi)


Skang mesti ada yang tanya mcm ni:
ISLAM adalah agama cinta dan kasih sayang. Namun, mengapa kita dilarang merayakan Valentine`s Day?
Jawapannya:

Pertama.
Perayaan dalam Islam adalah ibadah yang mendekatkan diri hamba kepada Allah SWT. Ia adalah syiar agama.

Umat Islam berbangga merayakan Aidilfitri pada bulan Syawal kerana ia adalah hari umat Islam berjaya menjalankan ibadah puasa selama sebulan pada bulan Ramadhan. Umat Islam juga meresa gembira merayakan AidilAdha kerana meraikan orang yang beribadah Haji dan juga kisah-kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s yang amat menyentuh hati. Bahkan, hari Jumaat juga digelar sebagai hari raya, dan ia diraikan kerana hari itulah umat Islam berkumpul dan melakukan ibadat bersama-sama.

Sejak zaman Rasulullah SAW lagi, tidak wujud perayaan melainkan tiga hari raya yang telah disebutkan. Perayaan adalah ibadat “Tauqifiah”, tidak dilakukan jika tiada contoh dari Rasulullah SAW dan para sahabat. Jadi, perayaan Valentine`s Day dan perayaan lain yang tidak pernah wujud dizaman Rasulullah SAW tidak boleh dilaksanakan.

Kedua
Perayaan Valentine`s Day adalah meniru budaya orang Kristian.
Umat Islam dilarang meniru budaya agama orang kafir. Oleh itu, bagaimana pula jika perkara yang dilakukan mereka itu adalah rekaan mereka sendiri?. Pastinya ia lebih haram dan dilarang.
Secara umumnya, meniru orang kafir, ahli kitab kafir atau musyrik adalah haram. Sama ada dari segi akidah, ibadah, peribadi atau cara hidup mereka ia tetap haram berdasarkan hujah dari al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak oleh para Ulama'

Allah SWT telah berfirman maksudnya:

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berpecah belah dan berselisih (dalam agama mereka) setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas (yang dibawa oleh utusan-utusan Allah), dan mereka yang bersifat demikian akan beroleh aab seksa yang besar.
[Ali Imran: 105]






Ok skang da jelas kan kenapa Valentine's Day tu haram. Semua kisahnya pasal kristian je. Yg kita nk raikan hari mati depa kenapa. Kenapa tak raikan besday Imam Shaffie tp nk raikan kematian depa tu. Cuba pikir sikit.

Kesimpulannya, Valentine's Day ni mmg da haram kat Malaysia nk raikannya. Tp ak sure pengharaman ni utk Muslim je. Yg lain tu nk smbut lantak la. Tp kalau bley respek yg Muslim ni. Untuk Muslim plak, pesanan ak yg jugak berpesan utk diri sndri ni, cintailah yg Maha Menyintai sebelom menyintai makhluk ciptaannya. Cinta sejati adalah pada yg maha esa kerana Allah tidak akan mengecawakan hamba yg taat dan setia padaNya, tidak seperti makhluk ciptaanNya.

InsyaAllah hangpa semua da dpt input sikit dari entry ak kali ni. Nak taw lebih lanjut pndai2 la google k. Mintak maaf kalau ada salah silap dalam entry ni. Terima Kasih..Say No To Valentine's Day=)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...